Tampilkan postingan dengan label untuk. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label untuk. Tampilkan semua postingan

Rabu, 01 Januari 2014

Sembilan atlet bulutangkis berikut pernah menjadikan merah putih berkibar lebih tinggi di antara bendera negara lainnya dan membuat lagu Indonesia Raya berkumandang di Olimpiade. Merekalah peraih medali emas Olimpiade untuk Indonesia.

Alan Budikusuma
peraih medali emas olimpiade
Alan Budikusuma peraih medali emas tunggal putra bulutangkis di Olimpiade Barcelona 1992. 

Susi Susanti
peraih medali emas olimpiade
Susi Susanti menjadi perempuan Indonesia pertama yang meraih medali emas tunggal putri bulutangkis di Olimpiade Barcelona 1992. Susi dan Alan sering disebut pasangan emas Olimpiade.
Keduanya memiliki bisnis di bidang perangkat olahraga bulutangkis dengan standar internasional. Susi juga diminta sebagai staf ahli di PB PBSI kepengurusan Gita Wirjawan. 

Candra Wijaya dan Tony Gunawan
peraih medali emas olimpiade
Candra Wijaya dan Tony Gunawan (depan) menjadi yang terbaik di nomor ganda putra bulutangkis di Olimpiade Sydney 2000. Tony kini adalah warga negara Amerika Serikat. Ia tinggal dan melatih di negeri Paman Sam. 

Markis Kido dan Hendra Setiawan
peraih medali emas olimpiade
Markis Kido (kiri/belakang) dan Hendra Setiawan merupakan peraih medali emas ganda putra bulutangkis di Olimpiade Beijing 2008. Prestasi mereka luar biasa karena juara di kandang Harimau. 

Rexy Mainaky (kiri) dan Ricky Subagja
peraih medali emas olimpiade
Rexy Mainaky (kiri) dan Ricky Subagja adalah raja ganda putra di zamannya. Mereka meraih medali emas ganda putra bulutangkis di Olimpiade Atlanta 1996.
Rexy Mainaky saat ini menjadi Kepala Bidang Pembinaan Prestasi di PB PBSI kepengurusan Gita Wirjawan. Jabatan strategis di dunia bulutangkis Indonesia. Rexy juga pernah membangun fondasi prestasi bulutangkis di Malaysia, Inggris dan Filipina.
Ricky Subagja saat ini menjadi Humas PB PBSI kepengurusan Gita Wirjawan. 

Taufik Hidayat
peraih medali emas olimpiade
Taufik Hidayat memutuskan pensiun di ajang Indonesia Open pada Juni 2013 nanti. Menantu Agum Gumelar itu akan serius mencari dan melatih atlet-atlet muda bulutangkis melalui Taufik Hidayat Arena. 
Taufik Hidayat adalah peraih medali emas tunggal putra bulutangkis di Olimpiade 2004 Athena.
 
 
sumber
Urban Arrow

Di Belanda penggunaan basikal di Amsterdam adalah sangat normal dikalangan penduduknya. Warga Belanda tak hidung tinggi untuk menggunakan basikan. Tak macam Malaysian yang pergi kedai beli kelapa pun naik kereta. Oleh kerana penggunaan basikal yang tinggi, Urban Arrowdicipta bagi menjadikan basikan lebih versertil. Basikan yang diperkasakan dengan motor elektrik250 watt ini boleh diubahsuai mengikut kegunaan. Ia boleh membawa kargo, pembawa penumpang dan juga basikal biasa dengan merubah modul-modul tertentu. Dengan muatan kargo maksimum, Urban Arrow mampu bergerak sejauh 50 kilometer dengan sekali caj. Harga sebuah Urban Arrow ialah Euro 2950 (RM 11500) sebuah. Mungkin agak mahal tetapi jika anda mahu melakukan perubahan positif di dalam hidup kearah penggunaan teknologi mesra alam, Urban Arrow ialah pelaburan yang berbaloi.






Sumber - BlogSerius
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK September 23, 2013
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengecam pemimpin PAS yang hadir ke Bangkok, Thailand untuk memberi penghormatan terakhir kepada bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dan menyifatkan tindakan ini hanya untuk memenangi undi Cina.

Menurut Datuk Ibrahim Ali (gambar), tindakan pemimpin PAS itu bertujuan mengukuhkan kedudukan politik mereka.
“Ini semua politik dan untuk meraih undi pengundi Cina terutama bekas ahli PKM. Chin Peng ini manusia kufur.

 "Bagaimana pemimpin PAS yang beragama Islam ini boleh memberi penghormatan kepada pemimpin kafir seperti Chin Peng?” katanya dalam satu kiriman pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider hari ini.
Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut menyelar kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang menyamakan isu Chin Peng dengan Abu Jahal pada zaman Nabi Muhammad dan Firaun di Mesir.

“Sejarah Abu Jahal di Mekah dan Firaun di Mesir berbeza dengan Chin Peng. Apakah Mat Sabu tidak mengetahui sejarah Islam? Chin Peng bukan warganegara Malaysia dan telah membunuh ramai askar Melayu Islam.
“Selepas peristiwa pembukaan Mekah, Allah dan Rasul melarang orang kafir memasuki Mekah. Besar implikasinya. Ramai lagi orang kafir mati di Mekah tetapi Rasullulah SAW tidak memberi penghormatan malah berdoa untuk orang kafir,” katanya.

The Malaysian Insider melaporkan Pemimpin PAS Kedah Fadzil Baharom hadir ke tokong Wat That Thong di Bangkok bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Chin Peng kira-kira jam 7 petang semalam.
Menurutnya, memberi penghormatan terakhir bukanlah bermakna dirinya komunis atau mengikut ideologi fahaman itu tetapi sekadar minatnya terhadap sejarah dan Chin Peng adalah salah satu lembaran sejarah Malaysia.

Bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya itu atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan di Sitiawan, Perak pada tahun 1924.
Sementara itu, Mohamad tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan menghalang abu mayat Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia kerana katanya, tiada apa yang perlu ditakutkan dengan abu mayat pemimpin komunis itu.

Timbalan Presiden PAS itu berkata, Islam sendiri tidak pernah menghalang mayat musuh agama untuk dijauhkan daripada tempat suci dan keadaan seumpama turut berlaku di Mekah.
Kematian Chin Peng menimbulkan kontroversi setelah keengganan Putrajaya untuk membenarkan abu Chin Peng disemadikan di kampung halamannya di Sitiawan, Perak.

Pendirian kerajaan itu di atas alasan ribuan rakyat Malaysia terkorban dan tercedera di tangan komunis.
Akhbar milik Umno Utusan Malaysia mendakwa semalam tarikh kematian Chin Peng sengaja diubah bagi membolehkan ia diselarikan dengan sambutan Hari Malaysia.
Akhbar edisi Ahad, Mingguan Malaysia mengatakan Chin Peng meninggal dunia pada petang 15 September dan bukannya 16 September seperti dilaporkan.

Ahli keluarga Chin Peng menyangkal dakwaan itu dan mendakwa akhbar itu berniat jahat dan biadap.
Jurucakap keluarga mendiang, Lee Chong berkata: “Dia dah mati. Kenapa tak boleh biarkan mendiang bersemadi dengan aman?
"Sehari sebelum jasadnya hendak dibakar, kerajaan Malaysia masih mahu memutar-belit fakta.”
Mendiang Chin Peng kini masih berada di Tokong Wat That Thong di Jalan Sikhumvit, Bangkok dan mayatnya akan dibakar jam 5 petang ini. - 23 September, 2013.The Malaysian Insider

Rabu, 18 Desember 2013


GEORGETOWN – Anggota keluarga lima geng kongsi gelap yang mati dalam kejadian berbalas tembak dengan polis awal pagi Isnin lepas, boleh memohon untuk mengadakan inkues, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Beliau berkata sesiapa sahaja mempunyai hak untuk mendapat pembelaan dan kerajaan tidak akan mengetepikan hak mereka untuk membela diri, walaupun membabitkan penjenayah.

“Sekiranya diperlukan untuk mengadakan inkues, (keluarga) boleh mohon. Cuma setakat ini (kes itu) masih dalam siasatan polis. Apabila selesai siasatan polis, baru dikemukakan pada pejabat Peguam Negara selepas itu barulah dapat diteruskan dengan inkues.

“Tapi tak ada masalah (untuk mengadakan inkues) sebab kita telah persetujui setiap negeri ada mahkamah koroner yang akan mengendalikan kes-kes yang memerlukan inkues,” katanya kepada pemberita selepas majlis Malam Lagenda Aidil Fitri anjuran Jawatankuasa Peguam Pulau Pinang, di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan beberapa pihak yang mahukan satu inkues diadakan bagi membolehkan keluarga lima lelaki berkenaan mengetahui kejadian sebenar kes itu.

Sebelum ini, akhbar melaporkan keluarga lima lelaki berkenaan tidak berpuas hati terhadap tindakan polis yang menembak suspek secara bertubi-tubi dan mendakwa ia tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Dalam kejadian awal pagi Isnin lepas, polis menembak mati lima anggota kumpulan kongsi gelap yang dipercayai pembunuh upahan yang dikehendaki polis kerana terbabit dalam kes bunuh dan cubaan bunuh di Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.
Sementara itu, Nancy berkata penubuhan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) sedikit sebanyak membantu orang ramai termasuk tertuduh yang kurang berkemampuan mendapatkan bantuan guaman.

“Pada tahun 2011, kerajaan memperuntukkan geran sebanyak RM5 juta kepada YBGK dan RM10 juta pada tahun berikutnya. Manakala pada tahun ini, RM20 juta disalurkan kepada YBGK. Di situ kita melihat keprihatinan kerajaan untuk membantu mereka yang dituduh menyatakan pendirian mereka,” katanya.

Beliau berkata dari Januari hingga 31 Julai tahun ini, sebanyak 21 peratus kes didengar di mahkamah menerusi perkhidmatan YBGK dan beliau yakin sasaran 30 peratus dapat dicapai pada tahun ini.

Dalam perkembangan lain, Nancy berkata rang undang-undang Akta Kebankrapan 1967 (Akta 360) akan dibentang pada persidangan Dewan Rakyat selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Jabatan Insolvensi Malaysia kini dalam proses meminda Akta Kebankrapan 1967 (Akta 360) bagi memudahkan individu yang diisytihar bankrap mendapat pelepasan kebankrapan. – BERNAMA
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!