Jumat, 28 Februari 2014
Kamis, 27 Februari 2014
Dalam satu program bertajuk ONE FAMILY dalam saluran Majd Channel, Moderatornya ialah Dr.Yahya Alyahya (head of the CALL to Islam Committee) menceritakan sebuah kisah tentang seorang lelaki Amerika bukan Muslim yang berbincang dengannya mengenai Islam ketika sedang menonton siaran langsung Solat Isya’ dalam bulan Ramadhan di Makkah.


Rabu, 26 Februari 2014
Mulanya, Zhou Xijun membawa lari sebuah kereta di provinsi Jilin pada Isnin, 4 Mac waktu setempat. Bayi laki-laki itu berada di dalam kereta yang dicuri Zhou.
"Zhou menemui seorang bayi di kerusi belakang kereta curian itu, lalu berhenti di pinggir jalan sebelum mencekik bayi itu hingga mati dan menguburkannya di bawah salji," demikian pernyataan Polis Jilin seperti dilansir kantor berita AFP, Rabu (6/3/2013).
Tidak jelas apakah jasad bayi itu telah ditemukan. Namun usai kejadian itu, Polis China melakukan perburuan besar-besaran. Ribuan polis dan pemandu teksi dilibatkan untuk mengejar Zhou. Sampai akhirnya Zhou datang menyerahkan diri ke balai polis pada Selasa, 5 Mac kelmarin. Zhou,48 tahun mengakui perbuatannya.
Media China ramai memberitakan peristiwa sadis itu hari ini. Topik ini pun mendominasi blog,, akhbar dan media sosial China, bahkan jauh lebih menarik perhatian daripada sidang tahunan parlimen China yang dimulai Selasa (5/3).
Menurut harian Global Times, orang tua sang bayi meninggalkan anak mereka seorang diri di dalam kereta selama 10 minit, dengan enjin kereta masih hidup . Tak lama kemudian mereka menyedari bahawa kereta telah dibawa lari. Tidak jelas mengapa sang bayi ditinggalkan seorang diri.
Kejadian ini menggemparkan publik China dan memicu kemarahan banyak pihak. Bahkan banyak yang menyerukan agar Zhou dihukum mati. "Membunuh dia sekali tak akan cukup," cetus seorang pengguna Sina Weibo, laman sejenis Twitter.
Polis masih terus menyelidiki kes ini. detikNews
Selasa, 25 Februari 2014
Senin, 24 Februari 2014

Minggu, 23 Februari 2014
Sabtu, 22 Februari 2014

Jumat, 21 Februari 2014
Salam semua,
KUALA LUMPUR: Denda minimum kesalahan memandu melebihi had laju ditetapkan RM300, manakala had maksimum dinaikkan sehingga RM2,000 atau boleh dipenjara maksimum tiga bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Ia adalah kenaikan sekali ganda bagi kesalahan itu apabila Subseksyen 26(2) dalam Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012 dijangka diluluskan Dewan Rakyat minggu ini berbanding denda maksimum RM1,000 sekarang. Ketika ini, tiada had denda minimum ditetapkan untuk kesalahan berkenaan. Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012 dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri pada sidang Dewan Rakyat, semalam. Ia bertujuan meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987. Selain itu, pindaan Subseksyen 26(2) Rang Undang-undang terbabit memperuntukkan denda minimum dan maksimum yang sama bagi kesalahan memandu tanpa lesen atau penjara maksimum tiga bulan atau kedua-duanya sekali.
Pemandu atau pejalan kaki yang mengabaikan arahan dan isyarat lalu lintas diberikan anggota polis atau warden lalu lintas pula boleh didenda minimum dan maksimum yang sama melalui pindaan Subseksyen 79(2) berbanding denda maksimum RM500 sekarang.
Selain itu, Seksyen 76A yang baru diperkenalkan dalam rang undang-undang itu membenarkan pemandu membelok ke kiri di simpang lalu lintas yang ada dipasang isyarat membenarkan membelok ke kiri jika pemandu mendapati selamat untuk berbuat demikian. Sesiapa melanggar seksyen berkenaan boleh didenda minimum RM300 dan maksimum RM2,000.
Rang undang-undang itu turut memasukkan takrif baru ‘basikal elektrik’ yang diistilahkan ‘sikal’ dengan bantuan kayuh dilengkapi motor elektrik sokongan yang ada kuasa berkadar berterusan maksimum 0.25kW.
Output basikal elektrik itu berkurangan secara beransur-ansur dan akhirnya terhenti apabila kenderaan mencapai kelajuan 25km/j atau sebelumnya jika penunggang berhenti mengayuh.
Kamis, 20 Februari 2014

Rabu, 19 Februari 2014
Kini anda boleh mendownload borang permohonan bantuan rakyat RM500. Sila semak panduan untuk melakukan permohonan agar tidak berlaku sebarang kesilapan yang boleh menyebabkan permohonan anda gagal. Borang ini admin dapat daripada blog abgterror.com. Sesiapa yang incomenya melebihi RM3000 tak payahlah nak memohonnya yer.
DOWNLOAD LAMPIRAN 1
DOWNLOAD LAMPIRAN 2
Selasa, 18 Februari 2014
JITRA: Majlis Guru Pondok yang dianggotai 28 pondok pengajian Islam di negeri ini sebulat suara menolak penyertaan mereka ke dalam Yayasan Pembangunan Pondok 1 Malaysia (YPP1M) yang dilancarkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato’ Dr Mashitah Ibrahim.Pengerusinya, Ustaz Mohd Rejab Md Akhir memaklumkan, semua anggotanya tidak pernah memberi sebarang persetujuan berkaitan penyertaan ke dalam YPP1M, sekaligus mendesak agar nama pondok-pondok mereka dikeluarkan serta merta dari senarai YPP1M.
Dalam satu deklarasi yang dikeluarkan selepas majlis pertemuan bersama anggota-anggota majlis tersebut mereka menegaskan, sebagai tanda kepada penolakan tersebut semua anggota majlis tidak akan hadir ke majlis bersama Perdana Menteri yang dijadualkan pada 8 November ini.
“Bahawa kami amat menyedari penubuhan ini bermotifkan politik khususnya kepada Umno yang semakin tenat di hujung usia. Malah kami amat mempersoalkan penubuhannya di saat hampir menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dilihat lebih menjurus kepada tarikan undi.
“Dengan tegas kami menyatakan bahawa pihak Kerajaan Malaysia pimpinan BN sedang cuba memperalatkan guru-guru pondok dan pengaruh mereka bagi tujuan berkaitan,” demikian petikan deklarasi yang termeterai selepas pertemuan tersebut di Madrasah Manabi’ Al-Ulum Ad-Diniah, Telaga Batu, di sini 1 November baru-baru ini
Deklarasi itu juga lantang mengingatkan bahawa di bawah teraju BN, institusi pondok dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) pernah cuba dibunuh dengan penarikan bantuan perkapita dan tuduhan melampau sebagai markas militan.
Malah, majlis yang bernaung di bawah Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (Hesa) itu turut melontarkan kekesalan bahawa sejak lebih 50 tahun, institusi pondok dan SAR tidak pernah diberi peruntukan khusus menerusi Bajet Tahunan Negara sepertimana dinikmati institusi pendidikan lain.
Ujar gabungan itu lagi, sekiranya YPP1M benar-benar tulus untuk membantu institusi pondok, mereka menggesa sebarang bentuk bantuan atau sumbangan disalurkan menerusi akaun bank majlis gabungan itu.
“Pun begitu, pihak kami akan meneliti terlebih dahulu sebarang syarat penerimaan yang mungkin dikenakan sebelum menyatakan persetujuan penerimaan,” jelas kenyataan itu.
Deklarasi itu turut menegaskan bahawa ulama dan institusi pondok wujud lebih awal sebelum kewujudan institusi kerajaan dan pelopor kepada perjuangan kemerdekaan ke arah menegakkan pemerintahan Islam yang dinafi dan dibuli pemerintah sejak sekian lama.
Senin, 17 Februari 2014
Minggu, 16 Februari 2014

Sabtu, 15 Februari 2014
Ittoqqortoormiit, Greenland

Terletak di Greenland, kota Ittoqqortoormiit hanya dihuni kurang lebih 500 orang. Padahal luas wilayahnya hampir sama dengan Inggris. Sayangnya, kota ini terletak di pesisir pantai yang dikelilingi oleh laut-laut yang hampir selalu beku. Hanya 3 bulan dalam setiap tahun, laut-laut sekitarnya dapat dilalui perahu. Walaupun ada bandara 40 km dari wilayah ini, penerbangan ke sini pun sangat jarang. Altinjauan, sangat susah buat pergi ke tempat ini!
Pitcairn Island, Samudera Pasifik

Pulau yang berada di Samudera Pasifik dan berlokasi cukup dekat dari Tahiti ini milik kerajaan Inggris. Pulau ini hanya dihuni oleh kurang lebih 50 orang, yang merupakan keturunan dari kru kapal HMS Bounty, yang singgah di pulau ini pada tahun 1789 dan memutuskan untuk tinggal di sana. Satu-satunya cara untuk sampai ke pulau ini adalah dengan naik perahu selama 10 hari dari New Zealand.
Motuo County, China

Motuo County adalah wilayah kecil di daerah Tibet yang kaya dengan aneka flora dan fauna dan belum terjamah kehidupan modern. Gimana nggak? Untuk mencapai tempat ini, kita harus berusaha keras melewati dinginnya beberapa daerah di Himalaya dan menyeberangi sebuah jembatan sepanjang 200 meter. Beberapa kali jalan dan akses yang lebih baik sudah coba dibangun untuk memudahkan mencapai daerah ini tapi selalu saja dihancurkan lagi oleh tanah longsor, lumpur atau pergeseran bumi.
Tristan da Cunha, Samudera Atlantik

Kepulauan kecil yang terletak di Samudera Atlantik ini memang benar-benar terpencil. Daratan paling dekat dari pulau ini adalah Afrika Selatan yang berada kurang lebih 2.735 km dari pulau ini. Hanya ada kurang lebih 270 orang yang menghuni pulau ini. Kondisi geografis tempat ini yang berbatu-batu nggak memungkinkan untuk membangun bandara di sini. Altinjauan, pulau ini hanya bisa dijangkau dengan perahu.
Sebenarnya ada satu lagi kota yang sangat terpencil di dunia, namanya ALert City, sebuah daerah yang dekat dengan kutub utara, tapi admin cari2 info lengkapnya gak ketemu, bahkan untuk sebuah foto. yang jelas kota ini memiliki ratusan penduduk tetap, punya fasilitas standart selayaknya sebuah kota bahkan memiliki sebuah bandara. namun tak ada yang mau pergi kesana. Mengapa? karena kota ini sangat dingin dan sepanjang tahun ditutupi salju, saking dinginnya, suhu tertinggi kota ini adalah -40 derajat celsius, dan peradaban atau kota terdekat dengan kota ini berjarak 4.185 km jauhnya yaitu kota Quebec, lalu apa yang para penduduk lakukan disana? kebanyakan dari mereka adalah para ilmuan yang memiliki tujuan untuk meneliti lebih jauh tentang kutub utara.
Jumat, 14 Februari 2014
| Harakahdaily, | 06 Mei 2013 |
Beliau mengingatkan, kemenangan Umno/BN bukan sahaja dari sokongan orang-orang Melayu semata-mata ia juga disokong oleh ramai juga pengundi-pengundi kaum Cina dan India.
Malangnya bagi BN, berbeza dengan majoriti pengundi-pengundi Melayu dan lain lain, majoriti pengundi-pengundi Cina menolak Umno/BN BUKANNYA bererti mereka membenci Melayu tetapi merka benci kepada penyelewengan kuasa, rasuah, mengkayakan segelintir kroni dan amalan nepotisma, katanya.
Katanya, walaupun berjaya tetapi nampaknya pemimpin-pemimpin Umno masih lagi meniup api perkauman dengan meluahkan perasaan kebencian yang menebal di dada terhadap masyarakat Cina seperti yang di lakukan semasa kempen pilihanraya.
"Sepatutnya pemimpin-pemimpin Umno menerima keputusan kemenangan itu dengan hati terbuka dan BUKANNYA mengeluarkan kenyataan kesat yang terus menyingung perasaan seolah-olah masyarakat Cina adalah bangsat yang tidak tahu membalas budi,"tegasnya.
Bagaimana Umno/BN hendak melaksanakan National Reconciliation terutama apabila MCA mengambil penderian menolak sebarang lantikan kabinet, exco, dan lain lain ekoran kekalahan teruk mereka, jika pemimpin UMNO TIDAK menghormati perasaan mereka, soalnya.
"Jika inilah sentimen Najib terhadap masyarakat Cina, maka terjawablah konsep 1 Malaysia yang diwar-warkan adalah retorik semata-mata," katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta hormatilah perasaan mereka jika mahu mereka kembali menghormati dan menyakini Umno/BN.
Sampai bila Umno hendak meneruskan politik perkauman ini. Berfikir dan bertindaklah secara matang dan siuman. CUKUPLAH!!!, tegas beliau.
Bagi beliau, yang menang tak menang semua dan yang kalah pun tak hilang semua.
Kamis, 13 Februari 2014

LDR alias Long Distance Relationship memang selalu penuh tantangan. Tapi, Anda tetap bisa kok menjaga rasa cinta dan kemesraan yang terbentang jarak ribuan kilometer.
1. Belajar mempercayai pasangan. Jika setiap saat Anda selalu mengingatkan si dia agar tak selingkuh, ini justru akan membuatnya tertarik untuk berselingkuh.
2. Buat rencana masa depan, kapan Anda dan si dia akan bersama. Ini akan membuat hati Anda merasa tenang dan optimis untuk mempertahankan hubungan.
3. Foto adalah penawar rindu terbaik. Buatlah foto terbaru Anda atau berkreasilah dengan foto berdua, kemudia kirim kepadanya sebagai obat kangen.
4. Menulislah di blog agar si dia dapat membacanya. Layaknya sebuah jurnal, Anda bisa menuliskan berbagai hal di blog, mulai dari perasaan, apa yang Anda pikirkan, hingga berbagai aktivitas.
5. Kirimkan sebuah T-shirt untuk si dia yang telah disemprotkan wangi parfum Anda. Percaya deh si dia akan sesering mungkin mengenakan T-shirt dari Anda dan wangi parfum akan mengingatkannya pada Anda.
6. Sepakati waktu untuk melakukan sesuatu bersama. Misalnya, makan malam atau berdoa bersama. Mengetahui Anda dan si dia melakukan suatu hal bersama-sama akan semakin menguatkan hubungan cinta.
7. Ngobrol via webcam. Berkomunikasi dengan menatap langsung si dia tentu jauh lebih baik ketimbang hanya mendengar suaranya di telepon atau membaca suratnya melalui e-mail.
8. Tuliskan pesan bersemangat di wall Facebooknya, misalnya "I love you and miss you. Hope you have a great day." Meskipun simpel, ini akan berarti baginya, apalagi jika ia sedang mengalami hari yang sulit.
9. Rencanakan kunjungan. Konsep kunjungan kejutan memang menyenangkan, tapi pada kenyataannya tak semudah itu. Bisa jadi saat Anda tiba di tempatnya, si dia justru sedang sibuk bekerja dan tak bisa menemani Anda.
10. Tentukan sebuah kota atau negara yang tak begitu jauh dari tempat Anda atau pun tempatnya. Selain bisa menghemat pengeluaran, ini bisa menjadi liburan singkat yang menyenangkan bagi Anda berdua.
11. Buat scrap book dan kirmkan padanya. Melihat foto dan cerita cinta Anda berdua dalam rangkaian scrap book akan membuat si dia teringat masa-masa indahnya dengan Anda.
12. Berdamai dengan kesendirian. Habiskan waktu untuk berkumpul bersama teman-teman atau buat kesibukan dengan hobi. Hidup terpisah dengan pasangan memang sulit, namun juga bisa memberi ruang untuk mengembangkan diri secara pribadi dan tetap dalam sebuah hubungan.
13. Serahkan semuanya kepada yg di Atas, jodoh, rezeki dan maut sudah diatur oleh-Nya, tapi jangan berpasrah diri. Segala usaha harus diiringi doa agar harapan dan cita2 anda terkabul.
