Tampilkan postingan dengan label mati. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label mati. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 15 Maret 2014

Mati Tergantung

PERAK– Seorang lelaki yang baru sahaja menyambut kelahiran anak ketiganya ditemui mati dalam keadaan tergantung di kediamannya di Felcra Changkat Lada, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa berusia 29 tahun ditemui di ruang tamu rumah oleh anak sulungnya yang berusia tujuh tahun, ketika pulang untuk melihat keadaan mangsa.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh, mangsa yang ketika itu bersendirian di rumah berkemungkinan mengalami halusinasi.
“Isteri mangsa dilaporkan masih berada di Hospital Teluk Intan kerana menerima rawatan selepas bersalin. Pada hari kejadian anak mangsa bersama neneknya pergi ke rumah untuk melihat mangsa.
“Bagaimanapun mereka terkejut apabila menemui mangsa dalam keadaan tergantung dengan keadaan tali terjerut di leher,” katanya.
Beliau berkata, daripada pemeriksaan awal, tiada sebarang unsur jenayah ditemui.
Katanya, berdasarkan laporan bedah siasat, mangsa didapati meninggal dunia akibat tekanan kuat di bahagian leher. – Sinar Harian Online

Minggu, 02 Maret 2014


BANGKOK: Seorang lelaki warga Bangladesh ditemui mati dan dua lagi tidak sedarkan diri, di sebuah bilik hotel di Pattaya, semalam.
Mangsa yang mati dikenali sebagai Business Chan, 57 manakala dua lagi Sanjib Saha, 54 dan Rashid Harunur, 58 yang koma, dibawa ke Hospital Memorial Pattaya.


Saksi berkata, mereka nampak ketiga-tiga lelaki itu membawa pelacur ke bilik mereka di Hotel Bella Express.

Polis percaya, pelacur itu memberi dadah kepada lelaki terbabit dan kemudian mencuri barang milik mereka memandangkan tiada tanda pergelutan.


Dadah dijumpai dan kesan barang kepunyaan tiga warga Bangladesh itu didapati diselongkar dan beberapa barang berharga hilang. - Bangkok Post

Rabu, 26 Februari 2014

 
6 Mac 2013
 
Beijing, - Sadis! Seorang pencuri kereta di China tega mencekik mati bayi berumur dua bulan  . Perbuatan biadab itu pun menuai kemarahan publik China.

Mulanya, Zhou Xijun membawa lari sebuah kereta di provinsi Jilin pada Isnin, 4 Mac waktu setempat. Bayi laki-laki itu berada di dalam kereta yang dicuri Zhou.

"Zhou menemui seorang bayi di kerusi belakang kereta curian itu, lalu berhenti di pinggir jalan sebelum mencekik bayi itu hingga mati dan menguburkannya di bawah salji," demikian pernyataan Polis Jilin seperti dilansir kantor berita AFP, Rabu (6/3/2013).

Tidak jelas apakah jasad bayi itu telah ditemukan. Namun usai kejadian itu, Polis China melakukan perburuan besar-besaran. Ribuan polis  dan pemandu teksi dilibatkan untuk mengejar Zhou. Sampai akhirnya Zhou datang menyerahkan diri ke balai polis pada Selasa, 5 Mac kelmarin. Zhou,48 tahun   mengakui perbuatannya.

Media China ramai memberitakan peristiwa sadis itu hari ini. Topik ini pun mendominasi blog,, akhbar  dan  media sosial China, bahkan jauh lebih menarik perhatian daripada sidang tahunan parlimen China yang dimulai Selasa (5/3).

Menurut harian Global Times, orang tua sang bayi meninggalkan anak mereka seorang diri di dalam kereta selama 10 minit, dengan enjin kereta masih hidup  . Tak lama kemudian mereka menyedari bahawa kereta telah dibawa lari. Tidak jelas mengapa sang bayi ditinggalkan seorang diri.

Kejadian ini menggemparkan publik China dan memicu kemarahan banyak pihak. Bahkan banyak yang menyerukan agar Zhou dihukum mati. "Membunuh dia sekali tak akan cukup," cetus seorang pengguna Sina Weibo, laman sejenis Twitter.

Polis masih terus menyelidiki kes ini. detikNews
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!