Tampilkan postingan dengan label kepada. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kepada. Tampilkan semua postingan

Selasa, 11 Februari 2014


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed atas pelantikan beliau sebagai Naib Presiden Persatuan Pihak Berkuasa Anti-Rasuah Antarabangsa (IAACA).

“Tahniah Tan Sri Abu Kassim atas pelantikan sebagai Naib Presiden IAACA. Satu peniktirafan besar oleh masyarakat global terhadap usaha anti-rasuah Malaysia,” kata Najib dalam Twitternya hari ini.

SPRM dalam kenyataan hari ini berkata pelantikan Abu Kassim, 53, dibuat pada persidangan tahunan ketujuh IAACA di Panama City dari 22 hingga 24 November.

Sebelum ini, beliau dilantik sebagai Ahli Eksekutif IAACA pada 2010.

IAACA ditubuhkan pada satu mesyuarat khas di Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Vienna pada 19 hingga 20 April 2006. Malaysia adalah antara negara yang menjadi anggota pengasas IAACA.

Objektif utama IAACA ialah untuk menggalak dan menyokong pelaksanaan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Menentang Rasuah (UNCAC) secara lebih berkesan. Sehingga kini, IAACA mempunyai lebih 300 keanggotaan yang merangkumi agensi dan organisasi pihak berkuasa anti pencegahan rasuah di dunia.

Menurut kenyataan itu, Abu Kassim menyifatkan pelantikan beliau sebagai satu penghargaan kepada SPRM dan Malaysia yang telah memainkan peranan aktif dalam usaha pencegahan rasuah di peringkat antarabangsa.
Beliau berkata, perkembangan terbaru itu menunjukkan inisiatif SPRM dalam memerangi rasuah sejak penubuhannya pada 2009 telah mendapat perhatian dan pengiktirafan dunia.

“Pelantikan ini menunjukkan masyarakat antarabangsa dan badan-badan dunia mengiktiraf kejayaan Malaysia dan SPRM dalam memerangi rasuah,” katanya.

Katanya, pelantikan itu adalah pengiktirafan kedua di peringkat antarabangsa untuk Abu Kasim dan SPRM. Sebelum ini pada tahun 2012 beliau dilantik sebagai Timbalan pengerusi Lembaga Pentadbir Akademi Pencegahan Rasuah Antarabangsa yang berpusat di Vienna (IACA).

Akademi itu adalah sebuah pusat pengajian tinggi anti-rasuah di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. – BERNAMA

Senin, 03 Februari 2014

Seorang pemberita bertanya kepada Lim Guang Eng: "Mengapa beri elaun kepada penghafal Al-Quran di Pulau Pinang.."  Jawabnya: "Saya beri elaun kepada penghafaz Al-Quran di Pulau Pinang kerana saya yakin seorang Melayu akan menjadi seorang islam yang terbaik jika dia dipimpin oleh Al-Quran dan As-Sunnah."  .........  Laporan Rasmi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang menyebut, jumlah peruntukan yang telah diberikan kepada para Huffaz ialah sebanyak RM75 000 pada tahun 2009, RM100 000 pada tahun 2010, dan RM130 000 pada tahun 2011.
Seorang pemberita bertanya kepada Lim Guang Eng:
"Mengapa beri elaun kepada penghafal Al-Quran di Pulau Pinang.."

Jawabnya:
"Saya beri elaun kepada penghafaz Al-Quran di Pulau Pinang kerana saya yakin seorang Melayu akan menjadi seorang islam yang terbaik jika dia dipimpin oleh Al-Quran dan As-Sunnah."

.........

Laporan Rasmi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang menyebut, jumlah peruntukan yang telah diberikan kepada para Huffaz ialah sebanyak RM75 000 pada tahun 2009, RM100 000 pada tahun 2010, dan RM130 000 pada tahun 2011.
sumber :Ραкαтαη яαкүαт εlεcтισηs ηεωs
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!