Tampilkan postingan dengan label kata. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kata. Tampilkan semua postingan

Rabu, 01 Januari 2014

  • Ogos 19 2013

 
Malaysiakini : Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi jaminan jika cadangan pelarasan kadar tarif elektrik dipersetujui kerajaan, kadarnya tidak akan membebankan pengguna.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Ir Azman Mohd berkata malah pengguna domestik dengan penggunaan bulanan bawah 200 kilowat sejam (kwh) tidak akan terjejas daripada pelarasan tarif itu.

"Kira-kira separuh dari lapan juta pengguna merupakan mereka yang bilnya di bawah 200 kwh iaitu di bawah RM70, dan mereka tidak akan mengalami kenaikan bagi memastikan mereka tidak terbeban.

"Bagaimanapun sekiranya ada pelarasan semula tarif dibuat, tarif baharu itu akan dipastikan berpatutan... rakyat tidak perlu bimbang, pelarasan tidak akan dua tiga kali ganda...ada peratusan tertentu tetapi tidak setinggi itu," katanya kepada pemberita pada Majlis Mesra Aidilfitri TNB di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau juga berkata kadar pelarasan akan diputuskan oleh kerajaan berdasarkan input yang diberi oleh TNB.

"...banyak pertemuan telah dilakukan termasuk yang rasmi untuk membincangkan perkara itu.

"Namun kami pasti kerajaan akan mempertimbangkan sebaik mungkin bagi kebaikan semua pihak termasuk pengguna dan industri penggunaan eletrik," katanya.

Katanya sebarang pelarasan kadar tarif elektrik, jika berlaku pada masa  hadapan, adalah disebabkan kenaikan harga bahan api, bukan untuk menambah keuntungan TNB.

"TNB neutral, kita tidak rugi apa-apa, seperti sekarang yang rugi adalah Petronas yang membekalkan Gas Asli Cecair (LNG) sebagai bahan api kerana terpaksa menanggung harga berkali ganda," katanya.

Katanya ketika ini, Petronas menetapkan harga gas iaitu bahan bakar utama untuk menjana elektrik pada kadar RM13.70 MMBtu, jauh lebih rendah berbanding harga pasaran RM40 MMBtu.

Terdahulu, pada majlis itu 130 anak yatim daripada kakitangan TNB menerima sumbangan RM50 seorang. Turut hadir Pengerusi TNB Tan Sri Leo Moggie.

 Bernama

Selasa, 24 Desember 2013


Wartawan Sinar Harian
5 Jun 2012
Tun Dr Mahathir Mohamad
 
SHAH ALAM - Penasihat DAP, Lim Kit Siang bertanya sama ada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan sekali lagi berhadapan dengan amnesia jika dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah.

"Adakah Mahathir akan mengalami serangan amnesia jika beliau muncul di hadapan RCI Sabah?" kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini.
Dengan nada menyindir, Kit Siang berkata, Dr Mahathir yang terkenal dengan masalah memori ketika inkuiri suruhanjaya siasatan video Datuk V.K.K Lingam empat tahun lalu telah beberapa kali mengatakan bahawa saya tidak ingat.
Kit Siang mengulas kenyataan Dr Mahathir yang dibuat semalam.

Ahli Parlimen itu berkata, tidak diragui bahawa individu yang mempunyai maklumat yang terbanyak berkenaan isu pendatang asing, yang menjadi pertikaian sejak kebelakangan ini ialah Dr Mahathir.
"Khususnya Projek Kad  Pengenalan yang diketahui ramai," katanya lagi.
"Adakah Mahathir boleh memberikan jaminan bahawa beliau tidak berhadapan dengan satu lagi amnesia apabila disoal siasat oleh RCI di Sabah sebagaimana berlaku ketika Suruhanjaya Diraja Rakaman Video Lingam pada 2008?" katanya.

Dalam kenyataanna, Dr Mahathir juga berkata beliau tidak gentar dengan dakwaan Kit Siang untuk mendedahkan apa yang dikatakan skandal kewangan sepanjang 22 tahun pemerintahannya.
Dr Mahathir berkata, Kit Siang boleh berbuat apa sahaja sekarang juga untuk membuktikan berlakunya skandal kewangan sepanjang pemerintahan beliau.
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!