Tampilkan postingan dengan label jadi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label jadi. Tampilkan semua postingan

Rabu, 01 Januari 2014

Share  src="http://static.ak.fbnet/connect.php/js/FB.Share" type

Siapa bakal menjadi calon Umno untuk kerusi Parlimen Baling di Kedah hangat diperkatakan di kawasan tersebut.

Menurut sumber dalaman Umno kawasan tersebut, tiga orang diura-urakan berminat bertanding  dalam pilihan raya akan datang.

Mereka adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mashitah Ibrahim, pengerusi Putera Umno, Abdul Azeez Abdul Rahim dan wakil DUN Bayu, Che Azmi Hussein.

Azeez adalah ketua Umno bahagian Baling manakala Dr Mashitah adalah ketua wanita Umno Baling.
Azeez pernah bertanding dalam dalam pilihan raya umum lalu tetapi kalah kepada PAS.

Manakala Dr Mashitah menang kerusi tersebut pada 2004 tetapi tidak terpilih pada 2008 untuk memberi laluan kepada Azeez.

Dr Mashitah bersedia

Dr Mashitah disebut sebagai lebih berpeluang bertanding kerana pernah menang pada 2004.

Ketika dihubungi Dr Mashitah berkata: “Saya anggap ia satu anugerah jika diberi peluang bertanding“.

Beliau bagaimanapun, tidak menafikan mahupun mengiyakan ura – ura di Baling namun berkata mempunyai peluang lebih baik berbanding dengan calon Umno lain.

“Para pengundi mahukan calon berlatarbelakangkan agama. Agak susah sekiranya tiada latar belakang tersebut untuk berdepan calon pembangkang,” kata beliau yang mempunyai ijazah doktor falsafah dalam bidang tafsir dan hadis.

Beliau juga mendakwa mempunyai kelebihan kerana lebih 50 peratus  dari pengundi adalah wanita dan orang muda.

Azeez enggan komen

Sementara itu, Azeez pula enggan memberi sebarang komen mengenai ura-ura tersebut.

“Saya tidak mahu memberi sebarang pengumuman sebelum penamaan calon.

“Saya hanya mahu bekerja dan memastikan kemenangan BN,” kata Azeez yang berkelulusan sarjana pentadbiran perniagaan dari Universiti Preston, Wyoming, Amerika Syarikat.

Manakala, Che Azmi menolak ura-ura bahawa beliau mahu bertanding di kerusi parlimen Baling.

“Kalau diberi peluang, saya hendak berkhidmat di DUN Bayu lagi. Dalam sepenggal sebagai Adun, apa yang boleh saya buat?”

“Tambahan lagi, kita hilang negeri Kedah dalam tahun tsunami 2008,” kata Che Azmi ketika dihubungi.

ADUN itu turut menambah calon yang dipilih mesti mampu menarik sekurang-kurangnya 30 peratus sokongan berdasarkan ketrampilan sendiri.

Kubu PAS

Parlimen Baling terdiri daripada DUN Bayu, Kupang dan Kuala Ketil.

Di dalam pilihan raya umum ke 12 di dalam tahun 2008, Azeez tewas di tangan penyandang kerusi tersebut Taib Azzamudden dari PAS.

Taib memperoleh 36,074 undi berbanding Azeez mendapat 28,461 undi.

Di dalam pilihan raya umum ke 11 pada 2004 itu pula, Taib kalah di tangan Dr Mashitah dengan majoriti 10,316.

Buat masa ini, PAS menguasai enam kerusi Parlimen termasuk Baling.

Ini diikuti BN 4 ,PKR 3, dan Bebas 2.

PAS juga mengetuai kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah.

Namun analisis terkini menunjukkan Umno masih jauh ketinggalan dari segi ketrampilan calon berbanding calon PAS walau sesiapa sahaja yang akan terpilih nanti.

Kemelut Perhubungan Umno negeri yang amat parah tambah menyukarkan peluang merampas Baling yang semakin selesa dengan kepimpinan ulama.Milo Suam
JALAN PULANG

19 Feb 2013

Surat pernyataan dari anjing polisi (Foto: The Sun)
Surat pernyataan dari anjing polis (Foto: The Sun)
WEST MIDLANDS – Seekor anjing polis  terpaksa   menjadi saksi di mahkamah atas penangkapan seorang penjahat di West Midlands, England. Hal itu disebabkan pihak pendakwa selalu meminta pernyataan tertulis saksi dari pihak  polis . 

Pihak  pendakwa Crown meminta  polis di West Midlands memberikan pernyataan secara detail dari saksi atas upaya penangkapan salah seorang penjahat.

Penangkapan tersebut dibantu oleh seekor anjing polis , dan hal itu sudah dijelaskan kepada pihak pendakwa. Namun, pihak  pedakwa tetap berkeras meminta surat pernyataan, sehingga salah seorang polis  menuliskan sebuah pernyataan atas nama anjing polis lengkap dengan cap jari anjing tersebut.

Dalam surat pernyataan itu tertulis “Saya mengejarnya, saya menggigitnya, dia orang jahat, dia sangat lazat, dia seorang lelaki. Tertanda anak baik Peach.”

Surat pernyataan itu difoto oleh seorang polis  dan kemudian dia mempostingnya ke media sosial Twitter. Aksi polis  ini sontak mengundang banyak komentar.

“Saksi itu berusia empat tahun dan dikenal dengan nombor PD4341,” komentar beberapa polis di West Yorkshire dan Durham, seperti dikutip dari The Sun, Selasa (19/2/2013).

Bahkan polis  dari Staffordshire, Andy Hill juga ikut memposting foto itu di akaun Facebooknya. Dia menyatakan yang dia sangat suka dengan foto ini.

Foto pernyataan saksi yang ditulis oleh seekor anjing ini sudah menjadi perbincangan di internet dan juga di kalangan internal  polis di Inggeris. Sehingga pihak poli Inggeris melakukan penyiasatan atas kes ini.

Polis  Mark Tissington, dari West Midlands, diyakini menjadi polis  pertama yang memposting foto tersebut dan akan dikenakan sanksi disiplin internal  polis .
(faj)

Sabtu, 21 Desember 2013


ISNIN, 23 APRIL 2012



KUALA LUMPUR - Amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) ibarat satu wabak yang akan menjadi kanser dan menjadi satu penyakit parah dalam masyarakat dengan ancaman dahsyat yang membawa kesan negatif serta boleh merosakkan fabrik sosial.

Pengerusi Pusat Kajian Fiqh Kontemporari Nasharudin Mat Isa berkata, semua pihak perlu berganding bahu memastikan generasi muda bebas daripada gejala LGBT kerana mereka merupakan bakal pemimpin serta pewaris untuk mengemudi negara ini dengan akhlak yang baik serta terpuji.

Oleh itu, bekas Timbalan Presiden Pas itu berkata, demi masa depan dan akidah generasi muda, isu LGBT tidak boleh dipolitikkan .

“Ini bukan sesuatu yang boleh dipolitikkan kerana ia melangkaui politik dan kita jangan hanya kejar pembangunan sehingga terikut dengan budaya negatif Barat,” katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja pada “Wacana Kemungkaran LGBT: LGBT Mengundang Bala Allah SWT” , semalam.

Nasharudin berkata, wacana seumpama itu merupakan satu gerakan bagi menyedarkan rakyat serta memastikan mereka tidak terjebak serta menyokong golongan ini.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Biro Undang-undang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Mahamad Naser Disa turut berkongsi pendapat sama dengan Nasharudin agar isu LGBT, yang jelas melanggar prinsis asas agama, tidak dipolitikkan kerana ia boleh menyekat usaha untuk membela agama Islam.

“Islam adalah agama rasmi negara, saya tidak kisah sebarang kecenderungan politik, jika ada parti yang menyokong Alhamdulillah tetapi saya tidak mengaitkan diri saya dengan politik,” katanya.

Mahamad Naser turut menyelar pihak yang cuba mempertahankan golongan LGBT serta memberi sokongan kepada golongan itu memperjuangkan hak bagi mendapatkan tuntutan yang mereka inginkan.

“Ia seolah-olah mempopularkan golongan ini bila ada pihak yang mempertahankan mereka sedangkan golongan ini ternyata sekali pelaku orientasi seks yang dilarang di dalam undang-undang dan mencabar ketentuan Tuhan,” katanya.

Wacana sehari ini dihadiri kira-kira 100 peserta daripada segenap lapisan masyarakat anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia.
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!