Tampilkan postingan dengan label gambar. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label gambar. Tampilkan semua postingan

Kamis, 04 September 2014


Komik Pendidikan - Pendidikan Cerminan Suatu Bangsa

Sumber : Suara Rumput Liar

Catatan: Bagi teman-teman yang ingin tugasnya diposting di blog ini, bisa kirim filenya ke email biep458@gmail.com dengan menyertakan Nama Lengkap dan Nomor Mahasiswa atau ketemu langsung dengan saudara Muhammad Furqan Ab (20100720067) di kampus tercinta, CP: 085235554237. Jazakumullah... (Indahnya Berbagi.......)

Minggu, 16 Maret 2014

Gambar terbaharu Leina Hangat diambil daripada laman Facebook miliknya.

PETALING JAYA: Penyanyi Leina Hangat mengakui tidak mahu melihat gambar-gambar lamanya yang berpakaian seksi selepas tekad untuk berhijab dan berubah menjadi lebih baik.

Leina atau nama sebenarnya, Norazlina Abdul Rahman, 40, berkata, dia enggan menoleh ke belakang dan mahu memulakan kehidupan baru yang lebih diredhai.

“Saya tidak pernah tengok gambar lama, jika orang masih bercakap fasal gambar-gambar seksi saya biarlah, itu zaman jahiliah dan saya jadikan ianya sebagai renungan untuk menjadi lebih baik.

“Semua yang terjadi dalam hidup kita ada hikmahnya, saya tidak kisah orang anggap saya tidak sempurna, asalkan saya cuba jadi yang terbaik demi Allah taala,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.

Kata Leina, dia mula berubah pada Ogos lalu selepas menghadiri kursus keagamaan yang membuatkan hatinya terdetik untuk bertudung dan menjalankan tanggungjawab kepada agama.

Jelasnya, perubahan tersebut juga membuatkan dirinya lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga di rumah.

“Saya rasa saya sudah terlambat dan sepatutnya dari dulu lagi saya berubah tapi saya bersyukur ada masa lagi untuk saya bertaubat.

“Saya akui bukan senang untuk berubah secara drastik tapi perkara pertama yang saya jaga ialah untuk tidak tinggal sembahyang dan sebab itu juga saya lama tidak jumpa kawan-kawan,” katanya.

Perubahan tersebut juga membuatkan dirinya menjadi lebih tenang dan menghargai nikmat yang Allah berikan kepadanya.

Sementara itu, bercakap soal nama, Leina berkata dia masih mahu dikenali dengan nama tersebut.
“Alhamdulillah, saya rasa lebih tenang dan lebih menghargai kehidupan saya sekarang.

“Tentang nama itu, biarlah orang panggil nama apa pun kerana bagi saya nama itu bukan satu masalah,” katanya.

Tambahnya, dia masih lagi meneruskan kerjaya sebagai penyanyi, namun kini lebih menjaga batas sebagai seorang yang berhijab – Mstar Online

Senin, 03 Maret 2014

KOLEKSI STREET ART YANG GENIUS!





Laporan asal OakOak

Rabu, 01 Januari 2014


Gambar ini adalah gambar Nabila Huda bersama-sama dengan anak sulungnya, Keisha hasil perkahwinannya dengan Zaidi yang pada umumnya mereka sudah bercerai pada awal bulan Ogos 2011 yang lalu.
Beberapa gambar dimuatnaik oleh Nabila menampakkan mereka begitu erat sekali hubungannya. SUMBER



Urban Arrow

Di Belanda penggunaan basikal di Amsterdam adalah sangat normal dikalangan penduduknya. Warga Belanda tak hidung tinggi untuk menggunakan basikan. Tak macam Malaysian yang pergi kedai beli kelapa pun naik kereta. Oleh kerana penggunaan basikal yang tinggi, Urban Arrowdicipta bagi menjadikan basikan lebih versertil. Basikan yang diperkasakan dengan motor elektrik250 watt ini boleh diubahsuai mengikut kegunaan. Ia boleh membawa kargo, pembawa penumpang dan juga basikal biasa dengan merubah modul-modul tertentu. Dengan muatan kargo maksimum, Urban Arrow mampu bergerak sejauh 50 kilometer dengan sekali caj. Harga sebuah Urban Arrow ialah Euro 2950 (RM 11500) sebuah. Mungkin agak mahal tetapi jika anda mahu melakukan perubahan positif di dalam hidup kearah penggunaan teknologi mesra alam, Urban Arrow ialah pelaburan yang berbaloi.






Sumber - BlogSerius

Rabu, 25 Desember 2013

Gambar: Penyerang Harimau Muda, Safiq Rahim Bercinta Dengan Jaguh Boling Negara


Siapa yang tidak kenal dengan kapten Harimau Muda, Safiq Rahim yang merupakan pakar sepakan percuma yang digeruni pihak lawan.
Begitu juga dengan pemain boling handalan negara, Zandra Aziela.
Mereka berdua dikatakan telah menjalinkan hubungan cinta beberapa bulan lepas.
Zandra dilihat amat mesra dan sangat sepadan dengan Safiq Rahim.
Diharapkan hubungan mereka dibawa ke jinjang pelamin…itupun kalau ada jodohlah. Insha Allah…
safiq rahim
image
GAMBAR-SAFIQ-RAHIM-BERSAMA-KEKASIH-ZANDRA-AZIELA
safiqrahimoyea3 (1)
safiqrahimoyea2

Minggu, 22 Desember 2013

Gambar Pingat Dalam Tong Sampah, Mat Yo Biadap?  Penyokong The Red Wariors (TRW) menerusi laporan Berita Harian menganggap tindakan penyerang JDT, Norshahrul Idlan Talaha membuang pingat Piala FA ke dalam tong sampah sebelum memasuki bilik perlawanan Sabtu lalu, sebagai biadap dan kurang ajar.

Gambar Pingat Dalam Tong Sampah, Mat Yo Biadap?

Setiausaha Kelab Penyokong Bola Sepak Rasmi Kelantan (KPBRK), Rozamri Mohd Ali, berkata tindakan seperti itu tidak sepatutnya dilakukan Norshahrul Idlan atau Mat Yo selaku pemain kebangsaan dan profesional.

Rozamri berkata, tindakannya itu juga dianggap tidak menghargai pingat yang dikalungkan oleh Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra.

Sebagai pemain profesional, Mat Yo sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada pemain lain dan perlu menerima keputusan biarpun pasukannya tidak berjaya menjulang Piala FA, katanya ketika dihubungi semalam.

Penyokong TRW Anggap Mat Yo Biadap?

Dalam pada itu, Timbalan Kelate.net, Mahizi Mahmood pula menganggap dendam terhadap TRW yang ada dalam diri Mat Yo menjadi punca utama pemain yang menerima anugerah paling bernilai tiga tahun berturut-turut itu bertindak membuang pingat berkenaan.

"Mungkin ada sesuatu yang tersimpan dalam hati Mat Yo terhadap TRW dan selepas kekecewaan gagal menjulang Piala FA menyebabkan dia tidak dapat mengawal emosi. sumber

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!