Tampilkan postingan dengan label ditahan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ditahan. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 21 Desember 2013


JOHOR BAHRU – Polis menahan 2,445 individu di seluruh negeri Johor menerusi Ops Cantas Khas sejak pelancaran 17 Ogos lepas sehingga kini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata mereka merupakan sebahagian daripada 120,320 individu yang diperiksa dalam tempoh berkenaan.

“Daripada 2,445 individu terbabit, 1,394 ialah Melayu, 445 Cina, 301 India manakala 305 lagi lain-lain kaum,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.

Mohd Mokhtar berkata, daripada jumlah itu juga sebanyak 1,270 orang terlibat kesalahan jenayah, 26 kerana jenayah komersial, narkotik (1,080) manakala 69 lagi dikehendaki polis.

Beliau berkata, 747 daripada mereka sudah dituduh di mahkamah dengan 430 orang menghadapi pertuduhan jenayah manakala 317 lagi berkaitan narkotik.

Katanya, enam senjata api tiruan, tiga senapang angin, sepucuk pistol serta 121 senjata lain termasuk pedang samurai, pisau, kapak, gergaji, besi tajam dan buku lima turut dirampas menerusi operasi itu.

“Polis turut memeriksa 68,834 kenderaan pelbagai jenis dalam tempoh operasi terbabit dan hasilnya sebanyak 157 kenderaan bersabit laporan kehilangan telah dirampas yang melibatkan 87 motosikal, kereta (62), lori (5) manakala van (3),” katanya.

Terdahulu, Mohd Mokhtar dan Timbalannya Datuk Ismail Yatim menyaksikan majlis serah terima tugas antara pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Asisten Komisioner Azizan Anan dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor yang baharu, Datuk Hasnan Hassan.

Hasnan, 54, sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor sebelum ditukar ke Bukit Aman sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7). – BERNAMA

Jumat, 20 Desember 2013

sinarharian
4 April 2013
Hamza Taib
Hamza Taib
KOTA KINABALU - Polis menahan Datuk Seri Clarence Luing Karl @ Muhammad Khalil John L Karl berhubung isu pencerobohan Lahad Datu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, lelaki berusia 57 tahun itu ditahan bersama tiga yang lain di sebuah rumah di Tanjung Aru kira-kira jam 10.30 malam tadi.

"Kesemua mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012," kata beliau dipetik Star Online.

Lahad Datu, seorang lelaki tempatan bergelar Datuk Seri yang dicari berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat, ditahan di sebuah rumah pangsa di Tanjung Aru, Kota Kinabalu malam tadi.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Tan Kok Liang berkata lelaki itu ditahan pada kira-kira 10.30 malam, beberapa jam  selepas berita dia dicari polis disiarkan melalui media.

Beliau berkata penahanan lelaki yang dipercayai mempunyai hubungan dengan kesultanan Sulu itu dibuat hasil maklumat orang  ramai.

"Susulan itu, polis turut menahan seorang wanita, dipercayai isteri Datuk Seri itu dan seorang lelaki masing-masing berusia 55 dan  30 tahun, di kawasan berdekatan," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Tan berkata beberapa dokumen penting turut dirampas, dan ketiga-tiga mereka kini ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Semalam, Tan memberitahu sidang akhbar polis mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan kes berkaitan Operasi Daulat, dan polis turut mengedarkan gambar lelaki terbabit.

Sementara itu, Tan berkata sebuah balai polis bergerak akan mula beroperasi esok di Kampung Tanjung Batu, Tanjung Labian, Lok  Buani, Lok Sambuang, Tanagian dan Sungai Bilis bagi memudahkan orang kampung membuat laporan berkaitan kehilangan harta  benda berikutan pencerobohan militan Sulu.

Mengenai situasi terkini kampung terbabit, Tan berkata keadaan adalah selamat, aman dan tenteram dengan penduduk digalak menjalankan aktiviti harian seperti biasa.

"Beberapa sekolah juga akan kembali dibuka Isnin ini, ibu bapa janganlah bimbang untuk menghantar anak-anak ke sekolah kerana  pasukan keselamatan sentiasa berkawal dan berada di kawasan berhampiran," katanya.- Bernama

Selasa, 17 Desember 2013



Wanita yang ditahan dalam serbuan malam kelmarin, yang disyaki terlibat dalam perlakuan tidak bermoral.

KOTA BHARU- Seorang wanita berusia 20 tahun ditahan di sebuah hotel bajet di Jalan Sri Cemerlang di sini malam kelmarin kerana disyaki terlibat dalam aktiviti tidak bermoral, bersama 129 paket kondom yang belum digunakan.

Dia yang berasal dari sebuah kampung di Bachok itu ditahan pada jam 11.10 malam oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu dalam satu serbuan diketuai Pegawai D7 IPD Kota Bharu, Cif Inspektor Rostam Ayob.

Turut ditahan bersamanya, dua lelaki berusia 27 tahun dan 22 tahun dengan seorang daripadanya dipercayai teman lelaki wanita itu.  Semasa ditahan, dua lelaki terbabit positif dadah jenis methamphetamine.

Menceritakan detik hitam yang dilalui, wanita terbabit ketika ditemui berkata, dia mula terlibat dalam aktiviti tidak bermoral pada usia 18 tahun selepas mengadakan hubungan seks dengan rakan sekampung.

Katanya, selepas itu dia mula berkenalan dengan seorang lelaki yang kemudiannya menjadi teman lelakinya sebelum dijual kepada seorang bapa ayam di bandar ini.

“Sejak dijual kepada bapa ayam saya mula terlibat dalam aktiviti terbabit, dengan diawasi bapa ayam itu. Teman lelaki yang menjual saya itu kemudiannya menghilangkan diri.

“Setahun kemudian, bapa ayam itu ditangkap dan saya bebas, tetapi saya tetap memilih jalan ini, lagipun mereka tidak tahu tentang pekerjaan saya dan tidak pernah ambil tahu. Keluarga saya juga orang susah dan saya hanya bersekolah setakat darjah enam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman mengesahkan mengenai penahanan wanita dan dua lelaki itu.

Katanya, serbuan di hotel bajet berkenaan adalah sempena Op Cantas Khas (Op Cantas) di daerah ini.
“Serbuan dibuat, selepas menerima maklumat daripada orang awam. Kita masih lagi menjalankan siasatan mencari jika terdapat lagi wanita muda menjadi pelacur di daerah ini serta kemungkinan wujud sindiket pelacuran,” katanya.

Azham berkata, dalam perkembangan ops terbabit di Kota Bharu, seramai 5,125 orang dan 2,234 kenderaan diperiksa, manakala 108 orang ditahan kerana pelbagai kesalahan jenayah sejak ops terbabit dijalankan di daerah ini pada 18 Ogos lalu sehingga kelmarin – Sinar Harian
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!