Tampilkan postingan dengan label anak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label anak. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 15 Maret 2014

Mati Tergantung

PERAK– Seorang lelaki yang baru sahaja menyambut kelahiran anak ketiganya ditemui mati dalam keadaan tergantung di kediamannya di Felcra Changkat Lada, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa berusia 29 tahun ditemui di ruang tamu rumah oleh anak sulungnya yang berusia tujuh tahun, ketika pulang untuk melihat keadaan mangsa.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh, mangsa yang ketika itu bersendirian di rumah berkemungkinan mengalami halusinasi.
“Isteri mangsa dilaporkan masih berada di Hospital Teluk Intan kerana menerima rawatan selepas bersalin. Pada hari kejadian anak mangsa bersama neneknya pergi ke rumah untuk melihat mangsa.
“Bagaimanapun mereka terkejut apabila menemui mangsa dalam keadaan tergantung dengan keadaan tali terjerut di leher,” katanya.
Beliau berkata, daripada pemeriksaan awal, tiada sebarang unsur jenayah ditemui.
Katanya, berdasarkan laporan bedah siasat, mangsa didapati meninggal dunia akibat tekanan kuat di bahagian leher. – Sinar Harian Online

Rabu, 05 Februari 2014

Kuala Lumpur: Sejumlah 22 kereta mewah milik anak orang kenamaan (VIP) dan ahli perniagaan termasuk 15 Ferrari yang didapati tidak membayar cukai dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam beberapa serbuan termasuk menahan 12 kereta itu ketika pemiliknya mahu mengadakan majlis perjumpaan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota, 16 Oktober lalu.

Hasil rampasan itu, pihaknya melakukan serbuan kedua di sebuah rumah di Bandar Manjalara, Kepong, jam 9 malam, 18 Oktober dan merampas sebuah Ferrari dan sebuah Lamborghini.

Dalam serbuan ketiga Ahad lalu pula, dua Ferrari, Bentley dan Posche dirampas dalam treler yang menghala ke utara tanah air di Hentian Rehat dan Rawat Tapah, Perak, jam 2 pagi.

Pemandu treler berusia 50 tahun itu kemudian ditahan dan mendakwa diupah membawa empat kereta mewah itu ke Langkawi dipercayai untuk mengelak dirampas kastam kerana melebihi tempoh berada di Kawasan Utama Kastam (KUK).

KHAZALI (dua dari kiri) melihat kereta mewah dirampas, semalam.

Ketua Pengarah Kastam Malaysia Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, dalam serbuan keempat jam 7 pagi hari sama, dua Lamborghini dan sebuah Nissan GTR 35 dirampas di pusat pameran kereta di Cheras dan dalam serbuan terakhir jam 9 malam kelmarin di Manjalara, Kepong, sebuah lagi Ferrari dirampas.

Rabu, 01 Januari 2014

Usaha Ibu Berjalan 500 Meter Gagal Selamatkan Nyawa Anak Kena Dera | Usaha seorang ibu tunggal berjalan 500 meter menghantar anaknya yang parah dan tidak sedarkan diri dipercayai akibat didera dari Kampung Seberang Jertih ke pejabat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), di sini, ternyata sia-sia apabila anaknya disahkan meninggal dunia, kelmarin.
Usaha Ibu Berjalan 500 Meter Gagal Selamatkan Nyawa Anak Kena Dera

Puteri Nur Qristina Balqis Abdullah, 3, disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Besut selepas dihantar anggota JPAM ke hospital, jam 8 malam.

Allahyarham bersama ibunya, Nur Farah Ain Adila Che Ariffin, 23, yang tinggal dengan keluarga angkat di Kampung Seberang Jertih, di sini, meninggal dunia selepas cedera parah dan lebam di dahi, pipi, belakang serta bawah mata kanan.

Pengurusan Hospital Besut kemudian menghantar jenazah mangsa ke Hospital Kemaman jam 11 pagi semalam untuk dibedah siasat oleh pakar forensik yang didatangkan dari Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Sementara itu, Hasima Abdullah, 44, yang juga ibu angkat Nur Farah Ain berkata, dia langsung tidak menyedari kejadian berkenaan meskipun berlaku di rumahnya.

“Tiba-tiba saja dia (Nur Farah Ain) meminta saya menemaninya ke pejabat JPAM untuk membawa anaknya yang ketika itu tidak bermaya.

“Saya tidak mengetahui mengapa Puteri tidak sedarkan diri dan mengalami lebam di beberapa bahagian badan,” kata ibu tunggal kepada lima anak itu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

“Polis menerima aduan dibuat pembantu pegawai perubatan Hospital Besut Mohd Irwadie Kamaruddin di Balai Polis Jertih.

“Mangsa tinggal bersama ibunya, janda berasal dari Johor, di rumah keluarga angkat mereka di Kampung Seberang Jertih sejak setahun lalu.

“Ibu mangsa juga tidak mempunyai pekerjaan tetap,” katanya.

Menurutnya, kes masih dalam siasatan dan polis masih menunggu hasil bedah siasat pakar forensik.

#Admin berharap penjenayah ini ditahan dan diberi hukuman setimpal dengan perbuatannya. Admin juga berharap, gambar dibawah (yang mula tersebar dilaman sosial) bukanlah kanak-kanak malang seperti diatas, harap beliau sembuh cepat seperti sediakala....sedih sungguh dengan kekejaman manusia sekarang.

Salah seorang kanak-kanak mangsa kekejaman manusia berhati binatang

sumber:

Gambar ini adalah gambar Nabila Huda bersama-sama dengan anak sulungnya, Keisha hasil perkahwinannya dengan Zaidi yang pada umumnya mereka sudah bercerai pada awal bulan Ogos 2011 yang lalu.
Beberapa gambar dimuatnaik oleh Nabila menampakkan mereka begitu erat sekali hubungannya. SUMBER



Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!