Sabtu, 22 Februari 2014


KUALA LUMPUR – Jambatan taktikal di Sungai Limbung yang bertujuan menghubungkan jalan utama bandar Chukai di Kemaman, Terengganu siap dibina oleh sekumpulan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tengah malam tadi.

Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan media memberitahu, jambatan sepanjang 20 meter itu dibina oleh 41 anggota Tentera Darat dari 7 Skuadron, Rejimen Askar Jurutera Diraja Kota Bharu, Kelantan dan 11 Skuadron, Rejimen Askar Jurutera Diraja Temerloh, Pahang.

“Jambatan taktikal itu yang menghubungkan jalan utama bandar Chukai, Kemaman siap sepenuhnya dan boleh dilalui semua kenderaan bermula pukul 12 tengah malam tadi.

“Pembinaan jambatan tersebut sekali gus dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di Sungai Limbung dan memudahkan orang ramai untuk pergi ke bandar Chukai dengan selamat,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, jambatan tersebut akan digunakan oleh orang ramai sehingga jambatan baharu dibina oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang.

Jambatan Sungai Limbung di Jalan Sulaimani di bandar Chukai runtuh akibat banjir dan arus deras pada 5 Disember lalu.

0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!